COLOUR BOARD
Dalam blog saya hari ini, saya akan tunjukkan cara-cara membuat Alat Bantu Mengajar buatan saya sendiri. enjoy 👀😄😎
BAHAN-BAHAN
1. Hot glue gun
2. Pisau
3. Gunting
4. Kertas warna
5. Kadbord
6. Pensel
7. Marker
8. Pembaris
9. Cat
10. Tudung botol
11. Gam putih (polistirena)
12. Foam
CARA-CARA
1. Mula-mula ambil kadbord dan lukis tempat yang hendak di gunting.
2. Kadbord digunting menjadi petak sebanyak 10 keratan.
3. Kadbord yang digunting petak tadi, lukis bulatan saiz tudung botol yang hendak digunakan dan gunting bulatan itu supaya muat tudung botol.
4. Selesai mengerat kadbord petak tadi, ambil kertas warna (putih, kuning, merah, biru, hijau) dan gamkan ia di atas kadbord petak dan gamlan kertas warna hitam di bawahnya menggunakan gam putih.
5. Seterusnya, ambil tudung botol dan lukis bulatan mengikut saiznya di atas kertas warna yang digunakan, dan gunting kertas warna tadi dan gamkannya diatas tudung botol.
6. Ambil kadbord yang panjang dan gamkan kertas warna hitam di atas kadbord tersebut.
7. Ambil foam dan guntingnya panjang untuk di gamkan di tepi kadbord tadi.
8. Ambil lebihan kadbord dan guntingkan ia kepada beberapa keping kadbord yang panjang. (yang lebar dan yang nipis).
9. Cat kepingan kadbord untuk menghiaskannya.
10. Ambil ‘hot gule gun’ untuk cantumkan kepingan kadbord menjadi satu. Kadbord nipis diletakkan dibawah kadbord lebar. 4 kepingan di gamkan di tengah kadbord lebar dan 2 kepingan di gamkan di hujung.
11. Selepas itu, ambil kepingan kadbord dan gamkn diatas kadbord yang telah di gam dengan warna hitam itu tadi. Gamkan ia mengikut saiz kadbord petak yang telah disiapkan.
12. Ambil kertas warna dan tulis tajuk pemainan, gunting dan gamkan di atasnya.
13. Siap!
FAEDAH
Alat Bantu Mengajar ini dapat membantu kanak-kanak dalam mengenal warna dan bilangan warna yang sama. Ini meningkatkan lagi perkembangan kognitif mereka. Alat Bantu Mengajar ini juga dapat membantu motor halus kanak-kanak supaya pergerakkan tangan mereka bergerak.
CARA BERMAIN
Comments