IBNU KHALDUN


BIODATA IBNU KHALDUN

Nama sebenar beliau adalah Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami, juga dikenali dengan Abu Zaid. Beliau dilahirkan di Tunis, Tunisa pada 1 Ramadhan 732 Hijrah. Beliau juga digelar Waliudin. 

Sultan Zahir Burquq pemerintah Mesir telah menganugerahkan gelaran Waliuddin kepada Ibnu Khaldun yang ketika itu menjadi hakim (kadi) di Mesir. Ibnu Khaldun lahir dalam keluarga yang terkenal. Kedua-dua datuk, ayah dan ibunya merupakan aktivis politik di Sevillic. 

Moyangnya, Abu Bakar bin Muhammad pernah menjawat menteri dalam negeri Tunisa dan seterusnya menjadi gabenor di Tunisa. Datuknya, Muhammad bin Abu Bakar pula merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam mengurusi Hijabah. 

Yahya Ibnu Khaldun, abang kepada Ibnu Khaldun merupakan seorang ilmuwan yang telah menulis sejarah Dinasti Abdalwadid. Ibnu Khaldun wafat di Kaherah, Mesir pada 25 Ramadhan 808 Hijrah.

PENDIDIKAN IBNU KHALDUN

Bapa Ibnu Khaldun telah menggalakkan anak-anaknya untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin dengan ilmuwan dan ulama-ulama besar yang berada di Tunisa. Keluarga Ibun Khaldun sememangnya dikenali dengan kehebatan mereka dalam bidang keilmuwan. 

Bapanya seorang ahli ilmu dan sastera. Bapanya sangat menekankan soal pendidikan terhadap anak-anaknya. Ibnu Khaldun telah membesar dalam keadaan yang sangat mencintakan ilmu  dan juga telah mempelajari Al-Quran semasa masih kecil dan menghafalnya. 

Beliau telah menuntut pelbagai ilmu agama seperti fiqah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu berbentuk akli seperti ilmu logik, falsafah dan matematik daripada beberapa ulama yang terkenal.

PERIBADI IBNU KHALDUN


1. Seorang yang sangat berani.

Beliau hidup di dalam zaman yang sering berlaku pergolakan, pembunuhan pemimpin, penggulingan sultan, fitnah terhadap pemimpin dan ancaman dipenjarakan. Beliau sendiri telah menjadi alhi politik pada zaman yang penuh dengan pergolakan serta pernah dipenjarakan selama dua tahun oleh Sultan Abu Anan.

2. Seorang yang tekun dalam menuntut ilmu.

Semasa Ibnu Khaldun di Kota Fez, beliau telah dilantik oleh Sultan Abu Anan untuk menjawat jawatan setiausaha dan beberapa jawatan peting yang lain. Sempat untuk berguru dengan ulama-ulama dan saterawan yang telah berhijrah dari Tunisa ke Fez.

3. Seorang pemikir yang melangkaui zaman.

Beliau menghasilkan kitab agungnya iaitu Al-Ibar yang berkisar mengenai ilmu sosiologi. Kaedah-kaedah pengkajiannya terhadap sejarah berbeza dengan kaedah sedia ada kerana sejarah sedia ada hanya mencacat sejarah sebagai fakta.

4. Mempunyai sifat kepimpinan yang melangkaui zaman.

Beliau telah menjawat banyak jawatan penting sepanjang usianya antaranya ialah setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu Anan, anggota Majlis Ilmiah, anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim Bin Abi Hassan di Fez, duta Granada, Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah) di Mesir.

5. Pandai mengambil hati orang lain.

Beliau sentiasa berusaha untuk menghubungi Sultan bagi meminta keampunan dari baginda Sultan dengan mengarang bait-bait syair yang telah menyentuh perasaan Sultan Anan sehingga baginda menjanjikan pembebasannya.

6. Pentingkan pengajian Al-Quran.

Begitu menyanjung tinggi akan kehebatan Al-Quran. Pengajaran Al-Quran  patut diutamakan sebelum mengembangkan ilmu-ilmu yang lain.

SUMBANGAN IBNU KHALDUN

1. Penglibatan dalam Aktiviti Sosial
2. Bidang Ilmu dan Pemikiran Islam
3. Karya Agung Ibnu Khaldun
4. Pengasas Falsafah Sejarah
5. Sebagai Budayawan
6. Bapa Ekonomi Islam.



PERKARA MENGHASILKAN SATU PENDIDIKAN YANG BERKESAN


  1. Hindari pelajar dari sikap meniru semata-mata
  2. Dalam proses pembelajaran, perkara yang mudah perlu didahulukan dan dipastikan bahawa mereka memahami sepenuhnya sebelum berpindah ke suatu perkara yang lebih sukar. 
  3. Pelajar tidak boleh dipaksa untuk menghafal di mana ini akan menghilangkan kreativiti dan mengakibatkan kejumudan fikiran. 
  4. Subjek yang diajar perlu ada kesinambungan antara yang satu dengan yang lain dan dua subjek yang berlainan tidak boleh diajar secara serentak, demi memastikan satu-satu subjek benar-benar difahami. 
  5. Kecenderungan meringkaskan teks sehingga hilang fakta-fakta peting menjadikan matlamat sebenar penyampaian ilmu terbantut. 
  6. Pelajar perlu dilayan dengan penuh hikmah dan tindakan secara tegas perlu dielakkan kerana memberi kesan yang negatif dalam diri pelajar. 
  7. Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga harus mempamerkan akhlak yang terpuji.



IBNU KHALDUN TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.

Lima perkara penting penting yang diketengahkan oleh beliau.


1. Pengajaran Al-Quran
2. Penyediaan teknik pengajaran yang berkesan
3. Penyediaan pendidikan akhlak
4. Penyediaan pendidikan psikologi
5. Penyediaan pendidikan sosial



PENDAPAT IBNU KHALDUN TERHADAP KANAK-KANAK


  • Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. 
  • Belajar menggunakan pancaindera dan diberi contoh yang mudah dan konkrit dalam pembelajaran mereka. 
  • Perlu didedahkan dengan contoh teladan yang baik. 
  • Diajar membaca Al-Quran sebelum menghafalnya. 
  • Menerima bimbingan dengan lemah lembut, bukan melalui kekasaran. 
  • Mudah keliru, apabila diajar dua perkara dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, hanya ajar satu perkara pada satu jangka masa. 

Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:



  1. Berperingkat 
  2. Latih Tubi 
  3. Benda-benda maujud 
  4. Murid-murid tidak di bebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini boleh menyebabkan mereka tertekan. 
  5. Jangan terlalu panjang masa belajar kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul, hasil pembelajaran lebih baik. 
  6. Bahasa adalah asas kepada semua pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna. 

BAHAYANYA HUKUMAN KERAS KE ATAS ANAK-ANAK

a) Tidak boleh melakukan paksaan, menegur kesalahan anak-anak dengan kasih sayang dan sekiranya tiada perubahan barulah kekerasan digunakan.
b) Anak-anak tidak boleh dipukul lebih dari tiga kali dalam satu-satu masa.
c) Walaubagaimanapun, ibu bapa dilarang untuk terlalu berlemah lembut kerana hal ini boleh melalaikan anak-anak.
d) Disarankan untuk membiasakan anak-anak untuk menghormati tetamu dan melarang mereka kecuali pada waktu yang sesuai.

Comments

Popular Posts