FRIEDRICH WILHELM FROEBEL
LATAR BELAKANG
Froebel lahir pada 21 April 1782 di Thuringia, dan beliau meninggal dunia pada 21 Jun 1852 di Marienthal, Thuringia. Beliau juga dikenali sebagai ‘father of kindergarten’ kerana telah mencipta ‘GARDEN OF CHILRDEN’ atau ‘KINDERGARTEN’ (taman kanak-kanak) di Blakenburg, Jerman. Apabila kanak-kanak mendapat pendidikan yang tepat, ia akan berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya sendiri.
BERMAIN DAN KANAK-KANAK
Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatu ‘metode’ dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak-kanak untuk meniru kehidupan orang dewasa.
Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik, akan mengakibatkan cara belajar kanak-kanak yang salah.
ASPEK PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI
Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi penghargaan. Bandura 1976, menyatakan pendapatnya menyokong Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak-kanak ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan, berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba.
Kanak-kanak menyatakan emosinya juga bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.
ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL
Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus.Suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan, keselamatan.
Psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan meklum balas mengikut prestasi pengetahuan ‘knowledge of performance’ dan pengetahuan keputusan ‘knowledge of results’.
ASPEK PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KASAR
Kanak-kank belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.Aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut, pada ‘monkey bar’, bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
ASPEK PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR HALUS
Kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata.Membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak.Merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.
TEORI TINGKAH LAKU FROEBEL
Pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.Teori kebanyakkan dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan, burung di dalam makmal yang menumpukan ujian kepada hubungan antara ‘rangsangan’ dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku.
Teori Behavioris mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku kanak-kanak sama ada baik atau sebaliknya serta tingkah laku kanak-kanak boleh diperhatikan, dikawal dan juga diramal.
Comments