JOHN DEWEY
LATAR BELAKANG TOKOH
John Dewey dilahirkan di Burlington, Vermont pada tahun 1859. Berminat dalam bidang falsafah sejak beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana muda di Universiti John Hopkins. Pada tahun 1884, beliau telah bertugas di Universiti Minesota. Beliau juga telah ditugaskan sebagai ketua Jabatan Falsafah Psikologi dan Pedagogi di Universiti Chicago pada tahun 1894. Beliau juga telah menubuhkan Sekolah Makmal Universiti pada tahun 1896, juga dikenali sebagai Sekolah Dewey.
Akibat kontroversi yang timbul, beliau meletakkan jawatan lalu berpindah ke Kolej Guru Columbia. Kolej itu menjadi tempat sebaran teori-teori Dewey. Beliau juga pernah dijemput ke negara Jepun, Cina, Turki, Mexico, Afrika Selatan dan Russia. Beliau banyak menjalani kajian dan menghasilkan laporan pendidikan. Beliau juga diwajibkan untuk bersara pada tahun 1930, tetapi masih lagi kekal dengan jawatan Professor Emeritus sehingga tahun 1939. Dengan itu pada tahun 1952 ,beliau meninggal dunia di New York.
BERDASARKAN BUKUNYA “DEMOCRACY AND EDUCATION”, DEWEY MENGGARISKAN PANDANGANNYA.
- Pendidikan boleh dianggap sebagai proses dalam mewujudkan keadaan yang kondusif dan selesa.
- Pendidikan bukan suatu yang tetap dan muktamad, tetapi ia akan berubah mengikut masa dan keperluannya pada ketika itu.
- Matlamat pendidikan ialah untuk membantu setiap individu mencapai potensi mereka, demi kepentingan masyarakat.
- Para pendidik bertanggungjawab dalam membantu individu memahami dan menhargai norma dan amalan sesuatu budaya.
- Kaedah mengajar tidak boleh diasingkan daripada kandungan mata pelajaran.
- Pendidikan tidak seharusnya tamat apabila individu meninggalkan bangku sekolah, tetapi seelok-eloknya berlaku sepanjang hayat.
TEORI DEWEY MENGENAI PENDIDIKAN DAPAT DILIHAT DARI 5 KARYANYA :
- My Pedagogic Creed 1897
- The School and Society 1900
- Child and Curriculum 1902
- Democracy and Education 1916
- Experience and Education 1938
SUMBANGAN JOHN DEWEY
Aliran ini lebih merujuk kepada cara praktikal iaitu uji kaji untuk menyesaikan masalah. Menurut Dewey, konsep harus dibentuk oleh pengalaman sebenar dan pengetahun sedia ada. Memperkenalkan sistem pendidikan yang memberi fokus kepada penyelesaian masalah, ianya akan membantu murid menjadi seorang yang aktif serta menggunakan semua teknik yang dipelajari.
Menurut Dewey, individu haruslah membuktikan sesuatu berdasarkan pengalaman sebenar dan pengetahuan sedia ada. Berdasarkan idea Dewey ini, kanak-kanak dalam bilik darjah terlibat dengan aktiviti menggunakan bahan-bahan atau alatan mainan, mengembangkan intelektual dan mewujudkan interaksi sosial. Aktiviti fizikal termasuklah berlari, melompat, dan bermain alatan mainan.
Mereka belajar menggunakan sesuatu atau membina sesuatu. Untuk menggalakkan perkembangan intelek kanak-kanak, mereka perlu didedahkan dengan aktiviti seperti menyelesaikan masalah, meneroka benda-benda baharu, dan mencari jawapan tentang bagaimana sesuatu perkara boleh terjadi.
Selain daripada itu, kanak-kanak juga boleh dilatih untuk berinteraksi dengan orang lain dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Untuk menggalakkan perkembangan mental dan emosi. Dewey mengkehendaki supaya kanak-kanak belajar di dalam kelas secara tak formal.
PEMIKIRAN DALAM PENDIDIKAN
Pemikiran Dewey memberi rujukan mengenai pusat dalam pembelajaran anak-anak dan proses pengalamannya. Konsep Dewey menyatakan proses pendidikan mestilah diwarnai dengan pertumbuhan, perkembangan, evolusi, kemajuan dan pembaikan daripada elemen-elemen untuk menghasilkan pendidikan yang progresif. Menurut Garforth 1966, terdapat tiga pengaruh pemikiran Dewey dalam pendidikan yang dirasakan sangat kuat mempengaruhi sehingga hari ini.
a) Pengaruh Pertama
Dewey telah melahirkan konsep baru mengenai sosial pendidikan. Pendidikan memiliki fungsi sosial seperti yang telah dinyatakan oleh Plato di dalam bukunya. Menurut Dewey, pendidikan merupakan alat potensi yang tidak hanya untuk kegunaan masyarakat tetapi untuk pembaharuan di masa hadapan.
Selanjutnya, hubungan yang erat di antara pendidikan dan masyarakat menjadikan pendidikan harus dijadikan tunjang untuk memotivasikan masyarakat. Konsep pendidikan merupakan suatu proses sosial berkaitan erat dengan kehidupan masyarakat secara luas di luar sekolah dan sebaliknya.
b) Pengaruh Kedua
Dewey memberi bentuk dan bahan baharu terhadap konsep pendidikan berpusatkan kepada anak (child-centredness). Dewey telah membuat dasar konsep berpusatkan anak pada landasan falsafah sehingga pengaruh tersebut telah menular dengan lebih kuat berbanding ahli falsafah yang terdahulu.
c) Pengaruh Ketiga
Penghasilan projek dan penyelesaian masalah daripada konsep Dewey mengenai pengalaman telah diterima sebagai sebahagian daripada teknik pembelajaran di dalam kelas. Walaupun Dewey bukanlah pencetus konsep tersebut, namun Dewey membangunkan alat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberikan kerangka teoratik.
Comments